Sejauhmana guru ini dapat memberi perhatian kepada individu atau kumpulan bergantung kepada media yang dihasilkan atau digunakan. Sebagai contoh, jika slaid yang dihasilkan itu adalah untuk membantu guru menjelaskan konsep, maka ia seharusnya digunakan sebagai bahan sokongan kepada guru atau lain-Iain media yang digunakan. Dalam keadaan ini guru hanya mempunyai masa yang singkat untuk memberi perhatian kepada pelajar Iain. Sebaliknya jika slaid yang dihasilkan adalah untuk satu waktu pengajaran, maka guru mempunyai lebih masa untuk berinteraksi
dengan pelajar. Sistem audio tutorial yang digunakan oleh pelajar matrik Universiti Sains Malaysia adalah contoh pembelajaran yang berasaskan media dan teknologi pengajaran. Rancangan pen-
didikan, Kementerian Pendidikan jika dirancang secara sistematik boleh menggantikan tempat guru untuk seketika. Sementara itu guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti lain dengan pelajar dalam bilik darjah. Jika dikatakan media teknologi pengajaran boleh menggantikan guru, ia bermaksud hanya menjadikan guru seorang pemudahcara atau pengurus kepada proses mendapatkan pengalaman pembelajaran. Dalam Zaman Teknologi Maklumat ini, guru seharusnya tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai maklumat semata-mata. Mengikut National School Board di Amerika, tiada media atau teknologi pengaiaran yang boleh menggantikan guru tetapi ia penting untuk membantu perkembangan dalam profesion perundangan, perakaunan dan perubatan. Sebagai pengurus maklumat, guru akan memainkan pranan yang lebih berkesan dan dapat memberi lebih perhatian kepada individu dalam bilik darjah.
Sebenarnya, apa yang diperlukan dalam pendidikan ialah kemasukan maklumat yang tidak terhad dan penyediaan perkembangan pengajaran supaya maklumat ini dapat disampaikan oleh guru secara sistematik.
APAKAH PERANAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN JARAK JAUH?
Pendidikan jarak jauh merupakan satu proses pengajaran-pembelajaran di mana bbahan-bahan pengajaran-pembelajaran dihantar ke tiap-tiap pusat pembelajaran jarak jauh atau kepada tiap-tiap pelajar individu menggunakan teknologi komunikasi. Pendidikan jarak jauh telah berkembang dikebanyakan negara terutama di negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kanada dan Australia. la merupakan satu pendekatan yang bijak ke arah menyelesaikan masalah pengajaran bagi pelajar-pelajar yang tidak berpeluang belajar sepenuh masa di pusat-pusat pengajaran tinggi. Pelajar tidak boleh meninggalkan pekerjaan untuk menghadiri kuliah kerana
sesuatu sebab. Di Universiti Sains Malaysia, Rancangan Pengajian Luar Kampus bermula pada tahun 1971. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang sedang bekerja mendapat pendidikan tinggi dengan harapan bahawa ia akan meningatkan status ekonomi mereka ( Universiti Sains Malaysia, 1972). Sejak program ini dimulakan, bilangan pelajar yang mengikuti program ini semakin meningkat dan pada sidang Akademik 1992/1993 jumlah pelajar yang berdaftar ialah 5200 (Laporan Konvokesyen 1993). Ciri yang menarik dalarn program ini ialah pelajar tidak bersernuka dengan pensyarah dalam proses pengajaran. Hubungan pelajar dengan
pensyarah ialah melalui media pembelajaran dalam bentuk modul, radio, pita audio, nota edaran, pita video dan perisian komputer. Tetapi sekarang dengan perkembangan teknologi gelombang mikro, gentian optik dan satelit, kelas jarak jauh seperti telesidang audio, telesidang video dan telesidang komputer boleh disediakan secara siaran langsung seolah-olah pelajar dan guru dapat bersemuka dan berinteraksi tetapi secara terpisah dari segi tempat. Perkembangan dalam teknologi komputer pula membolehkan pelajar jarak jauh menghubungi guru dan mendapatkan maklumat dengan cepat atau serta-merta melalui perkhidmatan jaring.(internet). Kaedah ini mem-
bolehkan komunikasi dua hala berlaku di antara pensyarah dan
TERANGKAN PERANAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN?
Satu lagi peranan media ialah menyokong pendidikan pemulihan. Pelajar cacat ini memerlukan kepada pengajaran yang khusus. Pelajar terencat akal memerlukan pendekatan pengajaran yang lebih berstruktur kerana bidang pengalaman pembelajaran mereka adalah terlalu lemah atau rendah. Mereka adalah di antara golongan pelajar yang benar-benar memerlukan sokongan media.
APAKAH SUMBANGAN MEDIA DALAM PEMBELAJARAN?
Sumbangan media terhadap pembelajaran lebih ketara dalam zaman maklumat ini. Terdapat begitu banyak maklumat yang tidak mungkin boleh ditangani oleh seorang guru/jurulatih. Letusan maklumat ini memerlukan teknologi komunikasi yang boleh menvimpan dan menyampaikan maklumat dengan cepat. Perlaksanaan KBSR dan KBSM memerlukan sokongan pelbagai media di samping guru untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Sumbangan media terdapat
pembelajaran mencakupi aspek-aspek berikut:
1. Menjadikan pendidikan Icbih produktif dengan membekalkan pengalaman baru yang mana tidak boleh disediakan oleh guru. Media akan meningkatkan kadar pembelajaran pelajar. Dengan
menyediakan bahan pembelajaran, guru boleh menggunakan masa pengajaran ini untuk menjalankan aktiviti Iain dengan pelajar.
2. Menjadikan pendidikan lebih individu dengan menyediakan berbagai pilihan untuk pelajar memilih media yang sesuai mengikut keutamaan, gaya dan kecepatan pembelajaran pelajar.
3. Menjadikan pembelajaran lebih serta merta iaitu membawa pengalaman baru dari luar bilik ke dalam bilik darjah seperti kejadian gempa burni di Filipina, Perang Teluk atau penghapusan etnik di Bosnia Herzegovina.
4. Menjadikan pendidikan lebih adil dan saksama tidak kira di mana pelajar itu berada menggunakan bahan terancang seperti telefon, telesidang video, IV Pendidikan, Radio Pendidikan dan jaring.
5. Menjadikan pengajaran lebih saintifik menggunakan pendekatan sistem dalam reka bentuk dan pengembangan pengajaran. Dalam pembinaan bahan, teori komunikasi dan teori pembelajaran dan pengajaran dimasukkan supaya bahan yang dihasilkan dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.