PROGRAM media pendidikan biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh pusat teknologi pendidikan menerusi khidmat pusat media/sumber. Di Amerika, terdapat berbagai nama yang diberikan kepada pusat media. Di antaranya ialah pusat bahan pengajaran, pusat sumber pembelajaran dan pusat alat pandang dengar. Mengikut Sun ( 1986), terdapat 56 panggilan kesemuanya, tetapi nama yang paling kerap digunakan ialah pusat sumber pembelajaran . Bagi kita di Malaysia pula, pusat yang memberi khidmat media pendidikan kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar dikenali dengan nama pusat teknologi pendidikan atau pusat teknologi pengajaran . Walau apapun ia dipanggil, tujuan utama program media pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi adalah sama. la bertuiuan membekalkan kaedah dan teknologi-
pensyarah-pensyarah dan seluruh kakitangan untuk memu proses pengaiaran dan pembelajaran. Mengikut AF,CT (1989), program media pendidikan merupakan khidmat sokongan akademik
yang membekalkan bahan, peralatan dan perkhidmatan media bagi membantu pengajaran dan penyelidikan di institusi-institusi pengajian tinggi.
Setelah sekian lama kita menerima hakikat, bahawa program media pendidikan di institusi-institust pengajian tinggi adalah perlu, satu kajian telah dijalankan (Yusup, 1991) bagi menilai status program media pendidikan ini.
Dapatan-dapatan Utama Kajian Program Media Pendidikan
Dapatan pertama menunjukkan bahawa pentadbiran universiti dan kolej kurang komited dalam menyediakan program-program media pendidikan seperti berikut:
I. Program media pendidikan.
2. Perkhidmatan media untuk kurikulum dan pengajaran.
3. Pusat media pendidikan.
4. Kemudahan-kemudahan fizikal untuk penggunaan media pendidikan.
5. Kakitangan media untuk seluruh kampus.
Namun demikian, institusi-institusi ini adalah komited secara sederhana dalam menyediakan peruntukan kewangan bagi program media pendidikan. Dapatan selaniutnya juga menunjukkan bahawa kesemua institusi tidak komited dalam menyediakan kakitangan media terlatih untuk pusat-pusat media satelit ( satellite media centers).
Dapatan kedua menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan program media pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi adalah seperti berikut:
I. Perkhidmatan media yang ditawarkan oleh pusat media dipertanggungjawabkan kepada kakitangan perkeranian dan teknikal. Perkhidmatan ini tidak diselaraskan dengan baik dan tidak ada kakitangan yang menyelaraskan aktiviti-aktiviiti media bagi seluruh kampus.
2. Pada umumnya terdapat berbagai bahan media dan perkhidmatan media dan beberapa usaha juga dijalankan untuk membiasakan fakulti, kakitangan dan pelajar menggunakan perkhidmatan ini serta menggalakkan penggunaan media di kalangan mereka.
3. Walaupun ada usaha dari institusi untuk menyesuaikan semula bangunan- bangunan lama serta menyediakan kemudahan-kemudahan bam untuk penggunaan beberapa jenis media, tetapi institusi kurang memberi perhatian tentang penggunaan media ketika bangunan dirancangkan.
4. Kewangan untuk program media pendidikan tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan media kepada fakulti, kakitangan dan pelajar. Tidak ada polisi bertulis tentang peruntukan, sumber-sumber pendapatan dan bayaran yang dikenakan kepada pengguna di atas khidmat-khidmat media yang ditawarkan.
5. Tanggungjawab melaksanakan program media pendidikan dipikul oleh kakitangan yang mempunyai tugas/tanggungjawab yang utama di tempat lain.
6. Kakitangan media hanya memberi khidmat rundingan mengenai penggunaan media jika diarah atau jika ada masa lapang/bebas dari tugas-tugas lain.
7. Kakitangan media profesional menawarkan latihan dalam perkhidmatan mengenai media pendidikan kepada fakulti dan kakitangan jika terdapat permohonan.
8. Terdapat hanya beberapa orang fakulti, kakitangan dan pelajar menggunakan media pendidikan dalam pengajaran.
9. Kakitangan media profesional jarang-jarang terlibat bersama-sama fakulti, kakitangan dan pelajar merancang penggunaan media pendidikan.
10. Fakulti, kakitangan dan pelajar sukar mendapat perkhidmatan pusat media utama kerana kedudukannya yang tidak sesuai. Pusat media utama pula tidak disokong oleh pusat-pusat media satelit dalam kampus.
ll. Maklumat mengenai media pendidikan disebarkan sekali-sekala atau jika ada permintaan dari pengguna.
12. Terdapat koleksi media yang terhad mengakibatkan kelewatan dalam memenuhi permintaan pengguna. Pengguna dikehendaki membuat tempahan mengikut pertimbangan ‘siapa dulu’ dan
pengguna dikehendaki memungut sendiri media yang dipinjam.
13. Terdapat stor menyimpan media tetapi bukan untuk semua jenis media. Kakitangan dapati sukar untuk mengesan dan mendapatkan semula jenis-jenis media tertentu.