Apakah yang Dimaksudkan dengan Kaedah Bersemuka Interaktif dalam Sistem PJJ?
Kaedah bersemuka interaktifialah guru dan pelajar berada dalam satutempat/kelas yang sama semasa guru mengajar dan murid belajar. Interaktif pula bermaksud terdapat komunikasi dua hala di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sepetti tutorial rakan sebaya, perbincangan dan seminar. Penyampaian secara kuliah tidak termasuk dalam kategori kaedah bersemuka interaktif kerana walaupun bersemuka tidak ada hubungan dua hala antara guru dan pelajar. Cara bersemuka masih digunakan dalam PJJ tetapi tidak banyak.
Apakah Bahan Media Utama yang Digunakan dalam PJJ?
Dalam PJJ, empat bahan media utama yang biasa digunakan ialah:
1. Bahan cetak.
2. Audio.
3. Televisyen/video.
4. Komputer.
Daripada Empat Bahan Media Utama ini, Apakah jenis-jenis Media yang Bercirikan Komunikasi
atau Interaksi Satu Hala?
Jensi media yang mempunyai komunikasi satu hala adalah:
I, Buku teks, nota (bahan cetak).
2. Bahan kaset, kuliah dan siaran radio satu hala(audio).
3. Slaid bersuara, filem jalur, rakaman video statik (audio dan visual statik).
4. Siaran TV, rakaman video ( audio dan visual gerak).
5. CAI/CBL, Beriteks (komputer).
Dan Apakah Pula Jenis Media yang Digunakan dalam PJJ yang Mempunyai Komunikasi atau Interaksi Dua Hala?
Jenis media yang mempunyai komunikasi dua hala ialah:
I. Bahan koresponden (bahan cetak).
2. Perbualan telefon, radio interaktif, telesidang audio (audio).
3. Telesidang audiografik (audio dan visual statik).
4. Televisyen interaktif, telesidang video (televisyen).
5, Mel elektronik, telesidang komputer, hipermedia/hiperteks/multimedia.
Media komunikasi satu hala seperti buku teks, kaset audio, slaid, rakaman video, beriteks dan persembahan multimedia tidak melibatkan interaksi antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan bahan.
Manakala media komunikasi dua hala seperti bahan koresponden, telesidang audio, radio interaktif, televisyen interaktif, telesidang video, telefon, mel elektronik dan hipermedia/hiperteks melibatkan interaksi antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan bahan. Walau bagaimanapun bahan komunikasi satu hala seperti siaran televisyen atau bahan CAI boleh direka bentuk untuk dijadikan bahan komunikasi dua hala. Siaran televisyen seperti ‘Malaysia Hari Ini’ dan siaran radio
seperti ‘Belajar Bahasa Inggeris’ adalah contoh siaran yang melibatkan interaksi antara pengacara dengan pendengar/penonton. Sejauhmana vsarjudnya interaksi ini bergantung kepada peranan pembina bahan, program atau siaran, guru atau pelajar yang bertanggungjawab menjadikan proses pengajaran-pembelajaran itu berkesan.
Bagaimanakah Perkembangan Teknologi Pendidikan dalam Sistem PJJ?
Mengikut Kaufman (1989) perkembangan teknologi dalam PJJ terbahagi kepada tiga generasi. Dalam generasi pertama, hanya satu jenis teknologi digunakan ( bermula dengan kursus gaya pos/koresponden, diikuti oleh radio dan akhirnya oleh televisyen). Pelajar kurang berinteraksi dan guru meniadi penyampai utama pengajaran.
Dalam generasi kedua, pelbagai media digunakan dan bahan kursus dihasilkan khusus untuk pelajar jarak jauh. Terdapat komunikasi dua hala antara pelajar dengan orang ketiga iaitu tutor jarak jauh.
Dalam generasi ketiga, program PJJ adalah berasaskan kepada teknologi komunikasi dua hala yang membolehkan interaksi antara guru (pembina bahan) dengan pelajar jarak jauh atau interaksi antara pelajar dengan pelajar secara individu atau kumpulan. Komputer digunakan untuk mewujudkan interaksi dua hala dan memainkan peranan tutor (guru) dan tutee (pelajar).
APAKAH TREN SISTEM PENDIDIKAN DI MASA HADAPAN?
Saya berpendapat tren pendidikan pada masa hadapan ialah penggunaan sistem pendidikan jarak jauh yang lebih meluas dengan tumpuan kepada sistem belajar sendiri terutama bagi peringkat menengah dan pengajian tinggi. Dalam sistem ini, pelajar mungkin lebih banyak belajar sendiri walaupun mereka masih mengikuti sistem konvensional dan pendidikan jarak jauh. Pelajar bebas mengurus pembelajaran sendiri tanpa ikatan mana-mana organisasi pendidikan. Media yang
digunakan terbahagi kepada dua iaitu media interaktif seperti hipermedia, televisyen interaktif, radio interaktif dan media satu hala seperti slaid, video, buku rujukan dan sebagainya. Kaedah telesidang video dan komputer akan menjadi kaedah penyampaian utama.
Sistem belajar sendiri akan menjadi tren pendidikan masa hadapan. Pembelajaran mungkin tidak lagi bergantung dengan guru atau dikawal oleh masa dan tempat. Adakah sistem belajar sendiri dianggap sebagai sistem pendidikan terbuka? Peranan institusi hanya menyediakan bahan pembelajaran dan mengurniakan sijil atau iiazah sahaja.
Peranan guru jika ada hanya sebagai pengurus kepada proses pembelajaran. Seluruh proses pembelajaran dilakukan oleh pelajar sendiri menggunakan bahan yang telah disedia dan diperdagangkan.