ZAMAN 1972-79: PENGARUH MEDIA KOMUNIKASI—RADIO DAN TV PENDIDIKAN
Zaman antara 1970 dan 1979 dipengaruhi oleh perkembangan media komunikasi atau media sebaran seperti radio dan televisyen. Tahun 1972 menyaksikan satu perkembangan yang sangat penting dalam sejarah perkembangan awal teknologi pendidikan di Malaysia. Pada tahun ini Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk menyelaras dan memantapkan perkhidmatan alat pandang dengar dan media komunikasi
atau media sebaran am seperti radio dan televisyen ke sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan. Tiga unit utama iaitu Unit API), Unit Radio Pendidikan dan Unit Pendidikan telah diletakkan di bawah satu bahagian di Kementerian Pendidikan iaitu bahagian PSP. Di tiap-tiap negeri pula telah dilantik seorang pegawai PSP untuk menyelaraskan perkhidmatan APD, Radio dan TV Pendidikan di peringkat negeri. Di sekolah pula dilantik seorang guru menjadi koordinator Radio dan TV Pendidikan untuk menyediakan kemudahan penggunaan API) dan siaran Radio dan “IV Pendidikan.
Fungsi utama Radio Pendidikan ialah membantu guru dalam pengajaran dengan menyediakan beberapa rancangan Radio Pendidikan siaran langsung berserta dengan nota guru. Untuk melaksanakan rancangan ini secara berkesan, masalah besar yang dihadapi ialah menyesuaikan jadual waktu sekolah dengan masa siaran. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan membekalkan alat pita rakaman audio dan kaset kosong ke sekolah-sekolah untuk membuat rakaman rancangan Radio Pendidikan. Sebanyak 5100 perakam audio dan 10 pita audio kosong telah dibekalkan ke sekolah rendah (V. V. George dan Adam Taib, 1980). Pita audio kosong jua telah digunakan bagi menghasilkan bahan-bahan audio setempat.
Siaran ‘IV Pendidikan telah mula dilancarkan pada tahun 1972 serentak dengan penubuhan PSP (Hari Ini Dalam Sejarah, 1983). Pada peringkat permulaan sebanyak enam siri program TV Pendidikan telah disiarkan untuk sekolah menengah. Sebanyak 500 peti televisyen (peringkat permulaan) telah dibekalkan ke sekolah-sekolah menengah (Nurudin Jamin, 1978). Sehingga tahun 1980, sebanyak 5500 set televisyen telah dibekalkan ke sekolah menengah dan rendah di Semenanjung Malaysia, 900 set di Sabah dan 1225 set di Sarawak (V.V. George dan Adam Taib, 1980). Seperti siaran Radio Pendidikan, rancangan “IV Pendidikan juga mempunyai masalah yang sama iaitu menyelaraskan rancangan dengan jadual waktu sekolah. Pada tahun 1981 , sejumlah 94 buah alat perakam video (VCR) dan kaset kosong (ada pita video yang sudah dirakamkan) telah dibekalkan ke sekolah-sekolah sebagai satu langkah mengatasi masalah yang tersebut di atas.
Pada tahun 1988 hamptr kesemua sekolah menengah telah dibekalkan dengan sebuah alat perakam video.
Perkembangan yang seterusnya dapat dilihat dengan tertubuhnya Unit Teknologi Pendidikan di universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan. Contohnya, Unit Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan 11mu Khas (MPIK) telah menawarkan kursus teknologi pendidikan bagi guru-guru terlatih selama setahun. Sebelum ini MPIK telah menawarkan kursus APD yang bermula pada tahun 1960 (Nurudin Jamin, 1978). Unit Teknologi Pendidikan, Universiti
Sains Malaysia telah memulakan kursus teknologi pendidikan pada tahun 1974. Pada masa itu kursus ini di panggil kursus penyiaran yang memberi tumpuan kepada siaran Radio dan TV Pendidikan.
ZAMAN 1980-90: PERKEMBANGANPENGAJARAN BERASASKAN SUMBER DAN PENDIDIKAN KOMPUTER
Zaman 1980-an memperlihatkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber atau media pengajaran dan diikuti dengan perkembangan komputer dalam pendidikan. Pengajaran berasaskan sumber mengurangkan peranan guru sebagai penyampai utama dalam proses pengaiaran dan pembelajaran. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilancarkan pada tahun 1983 dan kemudian Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987 mengutamakan penggunaan pelbagai sumber dan kaedah pengajaran. Guru dikehendaki mengintegrasikan pelbagai sumber dalam kurikulum dan pengajaran. Pengaiaran berasaskan sumber hendaklah dirancang secara sistematik. Guru dan kakitangan penting
KBSR dan KBSM telah dilatih untuk melaksanakan kurikulum bersepadu ini. Universiti tempatan dan maktab perguruan telah menubuhkan Unit Teknologi Pendidikan atau Pusat Sumber Pendidikan untuk melatih guru atau pcnyelaras sumber dan guru komputer. Di samping itu mata pelajaran literasi komputer telah diajar di sekolah atau diperkenalkan melalui kegiatan kelab komputer sekolah.