Bab 8.4 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

PROGRAM LATIHAN DAI-AM PERKHIDMATAN

Program melatih pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan juga tidak ketinggalan dalam arus perkembangan ini. Guru-guru telah dihantar ke seberang laut untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan pengurusan media pendidikan pada peringkat diploma, ijazah lanjutan dan kedoktoran. Sementara itu Pusat Teknologi Pendidikan dan Media (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Pengajian 11mu Pendidikan telah menyediakan kursus- kursus teknologi pendidikan dalam program diploma pendidikan, ijazah pertama dan Ianjutan. Kursus Pengantar Teknologi Pendidikan dijadikan kursus wajib bagi pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan. Universiti-universiti tempatan yang Iain juga telah menyediakan program ijazah Ianjutan dalam teknologi pendidikan. Selain itu PTPM iuga telah menyediakan Rancangan Sijil Teknologi Pendidikan (RSTP) bagi guru-guru, pensyarah dan pegawai Kementerian Pendidikan yang sedang berkhidmat. Program ini memakan masa selama setahun dan sijil RSTP akan dianugerah setelah tamat latihan. Sehingga sesi pengambilan 1991/92, USM telah melatih seramai 510 peserta Rancangan Sijil Teknologi Pendidikan dalam bidang Media dan Komputer Pendidikan. Daripada jumlah ini 133 peserta telah mengikuti kursus komputer pendidikan. Kursus komputer bermula pada tahun 1987 dengan pengambilan 25 orang guru terlatih. Kursus komputer diadakan atas permintaan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan guru-guru yang terlatih dan mahir dalam komputer dalam pendidikan. Guru-guru ini akan menguruskan kelab komputer sekolah yang ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah sejak tahun 1981. Setakat ini terdapat 1200 kelab komputer di seluruh negara (Star, 1995). Di samping itu guru-guru ini akan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran ‘Pengenalan Kepada Komputer’ yang telah diperkenalkan dalam tahun 1986 (Kementerian Pendidikan, 1986). Guru media pula akan ditempatkan di PSPN, PKG atau PSS sebagai penyelaras sumber pendidikan.

Daripada dua zaman ini, dapatlah dirumuskan bahawa bidang tekologi pendidikan di Malaysia telah berkembang tetapi tumpuannya pada penggunaan peralatan atau perkakasan pandang dengar sahaja. Apa yang ditekankan dalam dua zaman ini ialah lebih kepada perkakasan dan media bukan kepada proses pengajaran dan proses komunikasi di mana media itu dibina dan dirancang secara sistematik menggunakan prinsip reka bentuk pengajaran untuk menghasilkan pengajaran yang etisien dan berkesan. Laporan Murad ( 1976) tentang ‘Standard Pendidikan di Sekolah Malaysia’ , mencadangkan cara sistematik perlu diambil untuk menghasilkan pelbagai jenis media, menambah dan memperbaiki bekalan alat bantu belajar dan mengajar dan membantu guru menggunakan pendekatan pelbagai media dan pelbagai deria. Apa yang ditekan oleh Murad ialah proses bina bahan dan penggunaan bahan secara sistematik dalam pengaiaran. Saranan Murad tentang penggunaan pendekatan sistem boleh meningkatkan kualiti hasilan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak banyak usaha dijalankan untuk membina bahan pengajaran secara sistematik. Kekurangan bahan pengajaran menjadi batu penghalang kepada penggunaan alat teknologi (perkakasan) secara meluas dan berkesan. Untuk menghasilkannya, memerlukan kepakaran ikhtisas dan teknikal yang melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan pakar kandungan (content specialist), jutureka pengajaran (instructional designer), pakar media (media.specialist) dan pakar keluaran (production specialist). Untuk menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu, teori pembelajaran, teori pengajaran, teori sistem dan teori komunikasi perlu dikaji. Selain itu, sistem pengurusan media perlu diperkemaskan. Dengan lain perkataan, perlu wujud sebuah Jawatankuasa Reka Bentuk dan Pengembangan Pengajaran untuk mengurus reka bentuk pengajaran, pengeluaran, penggunaan, pelaksanaan dan penilaian media pengajaran.

Updated: October 4, 2017 — 11:43 am