Bab 9.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERANANNYA DAIAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT?

SAYA akan jelaskan definisi ini mengikut dua sudut pandangan iaitu pandangan dari golongan pendidikan dan pandangan dari golongan pengurusan dan pentadbiran. Golongan pengurusan mendefinisikan TM sebagai gabungan kemajuan dalam komputer, teknologi elektronik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat membuat keputusan yang tepat.

Golongan pendidikan pula mentafsirkan teknologi maklumat sebagai peralatan teknologi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan ma.salah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti telesidang video atau pengajaran berasaskan komputer. Kebo-

lehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada bagi tiap-tiap orang guru dalam zaman maklumat ini.

 

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKI-UMAT DI MALAYSIA

Perkembangan teknologi maklumat bermula dengan perkembangan komputer. Komputer mula digunakan dalam tahun 1960-an dalam telah diwujudkan (lihat Rajah 18.2). Di Universiti, kaedah ini telah digunakan oleh Pusat Pengajian Luar Kampus dalam Sidang Akademik Telesidang Video.

Kaedah ini menggunakan video dan audio untuk berinteraksi antara satu dengan lain. Beberapa rangkaian pusat sumber pembelajaran boleh dihubungkan menggunakan teknologi video digital di mana signal itu dihantar melalui talian digital telefon menerusi kabel gentian optik. Persidangan, forum atau perbincangan secara dua hala antara satu lokasi dengan satu Iokasi boleh dijalankan serentak seolah. Olah perserta-peserta itu sedang bersemuka antara satu dengan lain.

 

Hipermedia/Hiperteks

Hipermedia/hiperteks merupakan teknologi maklumat baru yang boleh membina, menyimpan dan menyebarkan maklumat yang banyak. Hiperteks mempunyai timbunan teks yang diprogram dalam komputer secara tidak linear, teks yang bercabang-cabang, diakses mengikut pilihan pengguna dan boleh dibaca secara interaktif.

Hipermedia pula mengandungi teks dan grafik serta dibantu oleh atribut-atribut media lain seperti bunyi (termasuk muzik), animasi dan visual bergerak dan kaku yang dikendalikan atau dikawal oleh komputer mikro. Maklumat di dalam komputer disimpan dalam cakera padat, cakera video, cakera padat baca sahaja (CD Rom) (lihat Rajah 18.4). Maklumat ini juga boleh disalurkan kepada pengguna lain meIalui rangkaian vang mungkin boleh diwujudkan bagi satu persekitaran. Hipermedia/hiperteks merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif dan sangat berkesan kerana mempunyai hampir kesemua atribut media.

Jaring atau internet menggunakan hipermedia dan hiperteks. Maklumat boleh diakses dengan cara mengklik tetikus pada teks atau ikon (dipanggil nod) yang mempunyai tanda atau warna tertentu. Nod ini dirangkai kepada nod Iain yang mungkin terdiri daripada puluhan rangkaian nod (lihat Rajah 18.5).

 

Mel Elektronik

Hantaran mel melalui komputer merupakan satu perkembangan baru dalam teknologi maklumat. Kaedah mel elektronik ini sama seperti menggunakan telefon. Bezanya ialah telefon menggunakan audio manakala mel elektronik menggunakan teks dan grafik yang boleh ditulis atau dibaca di atas skrin komputer. Maklumat ditaip pada skrin komputer menggunakan perisian tertentu. Maklumat yang ditaip akan diterima oleh penerima yang mungkin berada di luar negeri atau dalam kawasan atau bangunan yang sama. Satu rangkaian pengguna mel elektronik boleh diwujudkan (Iihat Rajah 18.6). Pengguna mel lektronik harus mempunyai nombor akaun dan kata Ialuan. Untuk menghantar mel, pengirim seharusnya tahu nombor akaun penerima. Apabila menerima maklumat, penerima sewajarnya ada kata laluan supaya maklumat yang dikirim tidak boleh dibaca oleh orang lain. Teknologi mel elektronik mempunyai potensi yang baik dalam pendidikan. Jika dapat diwujudkan satu rangkaian maklumat di institusi-institusi pendidikan, maka maklumat boleh dihantar dan diterima secara pantas di samping boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat dan

perisian di antara pengirim dan penerima. Kaedah ini boleh digunakan oleh pendidikan jarak jauh di mana satu telesidang komputer boleh diwujudkan antara pensyarah dan pelajar.

Updated: October 4, 2017 — 2:34 pm