Pendahuluan
Pada tahun 1983 konsep pusat sumber sekolah telah diperkenalkan menggantikan konsep perpustakaan tradisional untuk menyokong pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM). Guru digalakkan menggunakan pelbagai media untuk menyokong pengajaran tradisional menggunakan kapur, tutur dan buku teks. Kementerian Pendidikan telah membelaniakan beriuta ringgit untuk membckalkan pusat sumber
sekolah dengan pcralatan media. Tetapi beberapa kajian mengenai penggunaan peralatan media menunjukkan kadar penggunaan media masih juga rendah di kebanyakan sekolah (Mukheriee dan Tow, 1984; Sim, 1986; NgWai Kong, 1989; Mohd. Mazlan, 1990).
KAJIAN PERALATAN MEDIA
Pada tahun 1993, suatu kajian telah dijalankan di 14 buah sekolah menengah untuk mengkaji kekerapan penggunaan peralatan media oleh guru sekolah menengah sepcrti yang diperhatikan oleh pelajar mereka semasa mereka (guru) mengajar dalam bilik dariah atau makmal sains. Kaiian ini akan membantu untuk mengenal pasti ienis peralatan media yang selalu atau jarang digunakan oleh guru dan scbab-sebab guru kurang atau tidak menggunakannya dalam pengajaran bilik darjah setelah kurikulum baru sekolah menengah diperkenalkan Sampel Kajian.
Sejumlah 350 pelaiar dari 14 buah sekolah menengah telah dipilih dalam kajian ini. Pengetua sekolah telah memilih lima pelajar dari sebuah kelas menjadikan 25 pelaiar bagi tiap-tiap sekolah yang telah dikenal pasti. 14 buah sekolah berkenaan telah dipilih secara rawak dari sejumlah 1407 sekolah menengah di Malavsia iaitu mewakili satu peratus danpada kesemua sekolah menengah di seluruh negara. Kliteria pemilihan adalah berasaskan kepada Iokasi, jenis sekolah dan enrol-
men pelajar.
Metodologi Kajian
Instrumen soal selidik secara mel digunakan untuk memungut data. Instrumen ini mengandungi sembilan item soalan. Tiap-tiap item mewakili jenis peralatan media yang terdapat di sekolah menengah. Maklumat tentang jenis-jenis media yang terdapat di sekolah diperolehi menerusi ujian perintis. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memberi respons kepada kekerapan penggunaan peralatan media oleh guru mereka menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan. Peralatan
media yang digunakan oleh guru sekolah menengah ialah:
- Perakam kaset radio.
- Perakam kaset audio.
- Televisven.
- Projektor overhed.
- Perakam kaset video.
- Proiektor tilqm 16mm.
- Proiektor slaid.
- Komputer.
- Generator.
Generator bukanlah peralatan media tetapi ia digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik di sekolah-sekolah terpencil yang tidak mempunyai tenaga elektrik. Instrumen ini telah dihantar melalui pos pada awal bulan Oktober 1993. Sejumlah 350 ( 100 peratus) soal selidik telah dikembalikan dan ia merupakan sumber asas untuk menganalisis data kaiian ini. Di samping itu temu bual dan lawatan ke enam buah sekolah telah dikendalikan untuk menvokong data di atas.
Statistik deskriptifiaitu kekerapan dan peratus telah digunakan untuk menganalisis data tentang penggunaan peralatan media oleh guru seperti yang diperhatikan oleh pelajar sekolah menengah. Kekerapan penggunaan bagi tiap-tiap peralatan media ialah:
I. Lebih daripada empat kali
2. Di antara dua hingga tiga kali
3. Saru kali
4. Tldak gunakan langsung.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan projektor overhed (()HP) adalah peralatan media yang paling kerap digunakan dalam pengaiaran. Seiumlah 136 pelaiar (38.8 peratus) memerhatikan guru mereka menggunakan peralatan OHP lebih daripada empat kali setahun diikuti perkakasan televisyen, 127 pelajar (36.6 peratus) dan radio, 104 (29.7 peratus).
Data dalam Jadual 19.1 menuniukkan hanya sebuah kelas (lima pelajar) dari sebuah sekolah menggunakan generator untuk membantu penggunaan peralaran media. 13 buah sekolah lagi mempunyai bekalan elektrik. Projektor filem 16mm paling kurang digunakan (3.1 peratus). Hal ini mungkin kerana susah mendapatkan filem atau tidak ada tilem vang sesuai yang boleh digunakan.
Penggunaan projektor filem juga berkurangan kerana perakam video lebih mudah digunakan dan penggunaan komputer semakin terkenal.
Hasil daripada pemerhatian dan temu bual pula menyokong dapatan kaiian di atas iaitu riga peralatan media yang paling kerap digunakan ialah projektor overhed, televisycn dan perakam kaset radio. Berikut adalah alasan yang dikemukakan oleh guru:
I. Peralatan OF-IP iuga didapati di makmal sains selain di pusat sumber sekolah. Oleh yang demikian, OHP lebih kerap digunakan terutama oleh guru sains.
2. Siaran Pendidikan disiarkan pada waktu persekolahan. Jadual waktu siaran disediakan dan dibekalkan ke sekolah oleh Bahagian Teknologi Pendidikan untuk memudahkan guru merancang
penggunaan siaran televisyen.
3. Siaran Radio Pendidikan juga disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. Jadual saktusiaran dan buku panduan disediakan dan dibekalkan ke sekolah untuk memudahkan guru merancang penggunaan siaran radio.