PENGENALAN
Bila saya menyampaikan kuliah kepada guru-guru yang menyertai kursus dalam perkhidmatan atau yang mengikuti program Ijazah Sarjana Pendidikan rentang reka bentuk pengajaran atau pengembangan pengajaran, ramai menyatakan mereka telah pun menggunakan reka bentuk pengajaran semasa mengajar. Mereka menggunakan kaedah dan media serta memberi ujian atau latihan di akhir pengajaran. Cuman mereka kaa mereka tidak tahu bahawa terdapat model-model pengajaran dan teori-teori pengajaran yang mengupas bidang ini secara mendalam dalam aspek reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran. Malahan mereka tidak sedar bahawa bidang ini merupakan satu disiplin khusus dan mengikut Richey dan Reigeluth RP harus dianggap sebagai sains pengajaran.
Bagi guru dan bakal guru yang menjalani latihan mengajar, mereka telah menyediakan perancangan dan perlaksanaan mengajar secara sistematik di dalam buku persediaan/rekod mengajar. Objektif dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah disusun dengan rapid an media serta kaedah telah diintegrasikan dalam pengajaran. Namun demikian, semasa pengajaran ada di antara mereka yang mengajar tidak mengikut objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar selepas tamat pengajaran. Ada pula yang memberi ujian tanpa berlandaskan kepada objektif pembelajaran. Dengan lain perkataan komponen-komponen pengajaran yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru.
Daripada dua pengalaman yang tersebut di atas, saya fikir ada di antara guru dan bakal guru yang masih keliru atau kurang jelas tentang reka bentuk pengajaran.
APAKAH REKA BENTUK PENGAJARAN(RP) DAN PENGEMBANGAN/PEMBINAAN PENGAJARAN (PP)
Ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara reka bentuk pengajaran (RP) dan pengembangan (pembinaan) pengajaran (PP). Ada yang menyatakan RP itu sama dengan PP. Ada pula yang menyatakan RP itu terangkum dalam PP atau PP itu sebahagian daripada RP. Secara ringkas, reka bentuk pengajaran (RP) adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian computer pengajaran dan sebagainya. Proses ini sebenarnya mencakupi proses reka bentuk dan proses bina bahan. Dengan lain perkataan apabila membina bahan ia melibatkan proses RP dan proses PP. Seels dan Richey dalam buku Instructional Technology: The Definitions and Domain of the Field menjelaskan bahawa reka bentuk adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang mencakupi aktiviti reka bentuk system pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Manakala pengembangan/pembinaan adalah proses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan computer dan teknologi bersepadu.
Seperti yang telah dijelaskan reka bentuk dan bina bahan saling berkaitan dan kadangkala memberi erti yang sama. Tetapi mengikut AECT (1977) dalam buku The Definition of Education Technology, RP adalah lebih kecil daripada PP kerana RP adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembinaan atau pengembangan pengajaran. PP didefinisikan sebagai satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh system pengajaran. Definisi yang diberi oleh AECT membandingkan yang mana lebih besar di antara RP and PP. Walau bagaimanapun mengikut Kemp, elemen yang digunakan untuk reka bentuk pengajaran boleh juga digunakan untuk pengembangan atau membina bahan pengajaran. Ini menunjukkan tiada perbezaan di antara RP dengan PP.
Reigeluth (1983) pula cuba membezakan RP dan PP dari segi fungsinya. RP sebagai satu disiplin memberi kepentigan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah untuk membina pengajaran. Ini bermaksud RP menumpukan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran manakala RP menumpukan kepada cara-cara membina pengajaran. Pernyataan kaedah pengajaran akan menetapkan spesifikasi dan kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang diharapkan. Manakala cara-cara membina pengajaran akan menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan baha pengajaran atau seluruh system pengajaran. Sebagai contoh, jika membina modul pengajaran, pernyataan tentang reka bentuk modul akan ditetapkan. Selepas itu cara-cara membina bahan akan pula ditunjukkan menggunakan prinsip grafik dan teroi pengajaran. Selanjutnya bahan dinilai sebelum digunakan. Akhirnya bahan digunakan dalam system pengajaran. Kesemua langkah ini menggunakan pendekatan system. Dengan lain perkataan ‘apa’ yang hendak direka bentuk dengan ‘cara’ membina bahan dan kaedah penyampaian adalah dua perkara yang berbeza, yang pertama ditekankan oleh reka bentuk pengajaran dan kedua ditekan oleh pengembangan pengajaran. Kedua-dua unsur ini terdapat dalam definisi Briggs yang menyatakan RP adalah seluruh proses menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran dan pembinaan satu sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Richey (1986) mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembeljaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil autau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Beliau melihat RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu reka bentuk, bina, nilai dan mengurus pembelajaran.
Duffy dan Jonassen pula berpendapat bahawa RP adalah satu andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajar dan proses pembelajaran untuk mengenal pasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran, dan tentang pemilihan atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan. Andaian dan keputusan yang dibuat oleh pereka pengajaran ini adalah berasakan kepada teori pembelajaran dan pengajaran. Teori RP ialah satu set panduan yang akan mengenal pasti apakah kaedah pengajaran yang sesuai dalam keadaan atau latar pengajaran yang berbeza. Teori RP menentukan apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai bagi guru untuk membantu pelajar supaya boleh belajar. Teori RP menjelaskan dan menunjukkan peraturan dan prinsip untuk mereka bentuk pengajaran. Pakar teori pengajaran mengjaki pengajaran manakala pereka pengajaran membaiki pengajaran.
Walau bagaimanapun pada akhir-akhir ini, istilah reka bentuk pengajaran telah digunakan secara meluas yang membawa maksud yang lebih luas daripad pengembangan pengajaran iaitu mencakupi seluruh proses pengajran. Reka bentuk pengajaran adalah suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh proses pengajran. Manakala pengembangan pengajaran dikatakan memberi maksud aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan. Justeru itu, istilah reka bentuk pengajaran akan digunakan dalam perbincangan selanjutnya.
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Sebenarnya terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang same. Richey telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran. Enam elemen asas tersebut ialah:
- Menentukan kerpluan pelajar
- Menentukan matlamat dan objektif
- Membina prosedur penilaian
- Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
- Mencuba sistem pengajaran
- Menilai keseluruhan sistem
Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah model Briggs (1977), model Gagne’, Briggs dan Wager (1988, 1992), model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996), model Romizowski (1981, 1984, 1988), model Dick and Carey (1978, 1985, 1990) dan model Dick dan Reiser (1989(. Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang model-model reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir sama. Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan.
Penutup
RP telah berkembang menjadi satu disiplin tersendiri. Banyak model RP telah dihasilkan. Cuman tidak terdapat banyak kajian yang membandingkan keberkesanan antara satu model dengan model yang lain. Walaupun model RP boleh digunakan mengikut tumpuan seperti tumpuan bilik darjah, tumpuan produk atau tumpuan system, factor-faktor lain seperti peringkat pengetahuan dan kebolehan guru dalam RP, sasaran RP dan jenis RP harus juga dipertimbang agar model RP dapat digunakan dengan lebih berkesan. Beban tugas guru juga tidak menggallakkan mereka membina bahan. Dalam system pengajaran terdapat lima peringkat iaitu bermula dengan menentukan apa yang harus diajar, membina bahan pengajaran, merancan pengajaran, melaksanakan pengajaran dan proses pembelajaran. Tiap-tiap peringkat ini melibatkan reka bentuk pengajaran bersistem kecuali peringkat kelima. Satu reka bentuk pembeljaran yang memberi tumpuan kepada pelajar dan proses pembelajaran perlu dikenal pasti.