Jenis-Jenis Kursus PRTP:
1. Kenapa gunakan media pengajaran?
2. Peranan media pengajaran.
3. Klasifikasi media dan atributnya.
4. Kebaikan dan batasan media pengajaran.
5. Pendedahan kepada model-model reka bent-uk dan pengembangan pengajaran.
6. Pendekatan sistem untuk pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran.
7. Membuat objektifpembelajaran.
8. Prinsip pemilihan dan penilaian bahan media.
9. Definisi dan domain teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran.
10. Teknologi-teknologi pengajaran seperti sistem audio-tutorial, pengajaran terancang, simulasi/permainan, sistem pengajaran peribadi dan tutorial terancang.
11. Reka bentuk pengajaran dan penerbitan CAI/ CBI.
12. Kajian-kajian mengenai program media pendidikan.
13. Peranan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Program Pembinaan, Pengendalian dan Penggunaan Media (PPPM). PPPM memberi latihan asas dan praktikal Cara-cara membina bahan-bahan pengajaran dan pembclajaran (perisian) menggunakan pendekatan sistem, cara-cara mengendalikan alat-alat media (perkakasan) dan penggunaan bahan dalam proses pengajaran. Kursus ini adalah lanjutan kepada PRTP.
Jenis-Jenis Kursus PPPM:
Latihan Pembinaan dan Penghasilan Bahan:
1. Prinsip-prinsip grafik dalam pembinaan bahan pengajaran.
2. Pembinaan bahan-bahan bukan tayang (bahan grafik sahaja) seperti lukisan, carta, graf, poster dan kartun.
3. Pembinaan bahan-bahan tayang seperti transparensi, filem sisipan dan filem jalur menggunakan pendekatan sistem.
4. Penerbitan audio pengajaran menggunakan pendekatan sistem.
5. Penerbitan video pengajaran menggunakan pendekatan sistem.
6. Pembinaan hipermedia/multimedia untuk pengajaran menggunakan HyperCard, Authonvare Professional (MacIntosh) dan Comil, ToolBook dan Linkway ( IBM ) dan Power-point.
7. Cara-cara membuat modul pengajaran.
Teknik-Teknik Penggunaan Peralatan/Perkakasan
1. Teknik-teknik menggunakan mesin pelapikan dan pelaminaan
2. Cara-cara menggunakan pembuat transparensi dan mesin penduaan.
3. Cara-cara menggunakan komputer mikro untuk pemprosesan perkataan, pangkalan data, helaian elektronik dan komputer grafik ( IBM dan MacIntosh) dan persembahan maklumat.
4. Penyenggaraan perkakasan media.
5. Cara-cara memproses filem hitam putih.
6. Cara-cara memproses slaid.
7. Teknik rakaman audio/salin rakam/isyarat bersinkrosi.
8. Teknik-teknik suntingan video.
Penggunaan Media Dalam Proses Pengajaran
1. Kaedah dan penggunaan alat dan bahan visual bukan unjuran.
2. Kaedah dan penggunaan alat dan bahan visual unjuran.
3. Kaedah dan penggunaan audio pengajaran menggunakan pendekatan sistem.
4. Kaedah dan penggunaan pelbagai media.
5. Kaedah dan penggunaan modul pengajaran.
Objektif PRTP dan PPPM
1. Menambah bilangan guru dan pentadbir pendidikan yang mahir dalam penerbitan dan penggunaan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
2. Menambah bilangan guru yang dapat merancang dan mengurus program media pendidikan pusat sumber sekolah dan pusat kegiatan guru.
3. Menggalakkan guru-guru supaya lebih inisiatif, kreatif, inovatif dan berdikari dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.
4. Menerbit serta mengumpul seberapa banyak alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha untuk memperbanyakkan kursus telah dikenal pasti dan jenis-jenis kursus yang paling kerap ditawarkan mengikut peratus (90-100 peratus) ialah:
1. Cara-cara mengendalikan projektor 16mm.
2. Cara-cara mengendalikan projektor slaid 2 X 2.
3. Cara-cara mengendalikan projektor overhed.
4. Cara-cara mengendalikan projektor filem jalur.
5. Cara-cara membuat transparensi tulis.
6. Cara-cara membuat transparensi haba.
7. Cara-cara mcmbuat pelapikan bahan visual.
8. Cara-cara menggunakan sistem overhed dalam pengajaran.
9. Cara-cara menggunakan gam bar gerak dalam pengajaran.
10.Cara-cara menggunakan slaid dalam pengajaran.
11. Cara-cara menggunakan filem jalur alam pengajaran.
Di Malaysia, jenis kursus yang kerap dijalankan dalam LADAP ialah penggunaan projektor overhed (Ng Wai Kong, 1990). Kajian yang dijalankan oleh Yusup, Kamarudin dan Sabrina ( 1994) menunjukkan bahawa guru memerlukan tiga jenis kursus iaitu penggunaan projektor overhed, perakam kaset video dan perakam kaset radio. Kemahiran utama yang diperlukan ialah penggunaan media secara sistematik dalam pengajaran, pendidikan, sumber dan sebagainya.